Friday 2 August 2019

Surat Permohonan


Ketua Polis Perak
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak
Polis Diraja Malaysia
Jalan Sultan Iskandar
30000 Ipoh
Perak
11 Julai 2018
Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UNTUK GURU-GURU PELATIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK IPG KAMPUS IPOH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa guru pelatih dari kelas Q7 IPG Kampus Ipoh akan menganjurkan satu program ceramah tentang Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

3. Oleh hal yang demikian, pihak Q7 ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menyampaikan ceramah tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil terutama sebagai seorang guru Pendidikan Awal Kanak-kanak kepada guru pelatih Q7.

4.  Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengetahuan untuk menghadapi pelbagai masalah yang mungkin timbul dalam mengendali sebuah taska atau prasekolah serta melatih guru pelatih untuk mempelajari cara yang betul sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

5. Butiran program adalah seperti berikut:
                        Tarikh             : 19 Julai 2018 (Khamis)
                        Tempat           : Mini Teater IPG KAMPUS IPOH
                        Masa              : 8.30am-12.45pm.
                        Sesi                : Sesi 1
                        Sasaran         : 21 Orang Guru pelatih Pendidikan Awal Kanak-kanak

8.30am.- 9.30am
Sesi 1
9.30am-10.00am
Sesi Soal Jawab
10.00am-10.30am
Jamuan/ Rehat
10.30am-11.30am
Sesi 2
11.30am-12.00pm
Sesi Soal Jawab
12.00pm-12.15pm
Penyampaian cenderahati
12.15pm-12.45pm
Jamuan
12.45 p.m.
Bersurai

6. Diharapkan agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada tuan/puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Kuan Fong Kit (010-4243829). Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

7. Sekiranya tarikh yang dicadangkan adalah tidak bersesuaian dengan pihak tuan/puan, kami bersedia untuk menerima tarikh lain yang dapat memenuhi kehendak kedua-dua pihak kami dan pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


_________________________
()
Pengerusi
Program Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak



Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
Ipoh
30000 Kinta, Perak
11 Julai 2018
Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UNTUK GURU-GURU PELATIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK IPG KAMPUS IPOH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa guru pelatih dari kelas Q7 IPG Kampus Ipoh akan menganjurkan satu program ceramah tentang Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

3. Oleh hal yang demikian, pihak Q7 ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menyampaikan ceramah tentang kes-kes jenayah yang berlaku kepada kanak-kanak serta cara mengatasi berlakunya kes jenayah di kalangan kanak-kanak.

4.  Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang bahayanya kes jenayah kepada kanak-kanak serta melatih guru pelatih untuk mempelajari cara mengatasi kes jenayah berlaku.

5.  Tambahan lagi, program ini juga berhasrat dapat membantu guru pelatih untuk mengenali undang-undang atau akta yang melindungi kanak-kanak daripada kes-kes jenayah.

6. Butiran program adalah seperti berikut:
                        Tarikh             : 19 Julai 2018 (Khamis)
                        Tempat           : Mini Teater IPG KAMPUS IPOH
                        Masa              : 8.30am-12.45pm.
                        Sesi                : Sesi 2
                        Sasaran         : 21 Orang Guru pelatih Pendidikan Awal Kanak-kanak

8.30am.- 9.30am
Sesi 1
9.30am-10.00am
Sesi Soal Jawab
10.00am-10.30am
Jamuan/ Rehat
10.30am-11.30am
Sesi 2
11.30am-12.00pm
Sesi Soal Jawab
12.00pm-12.15pm
Penyampaian cenderahati
12.15pm-12.45pm
Jamuan
12.45 p.m.
Bersurai

7. Diharapkan agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada tuan/puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Kuan Fong Kit (010-4243829). Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

8. Sekiranya tarikh yang dicadangkan adalah tidak bersesuaian dengan pihak tuan/puan, kami bersedia untuk menerima tarikh lain yang dapat memenuhi kehendak kedua-dua pihak kami dan pihak tuan/puan.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


_________________________
()
Pengerusi
Program Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak


Pengarah Kesihatan Negeri Perak
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30590 Ipoh, Perak Darul Ridzuan                                                                                               

11 Julai 2018
Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEMAKANAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UNTUK GURU-GURU PELATIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK IPG KAMPUS IPOH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa guru pelatih dari kelas Q7 IPG Kampus Ipoh akan menganjurkan satu program ceramah tentang Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

3. Oleh hal yang demikian, pihak Q7 ingin menjemput pihak tuan/puan untuk menyampaikan ceramah tentang penyakit berjangkit dan penjagaan kesihatan serta permakanan sihat dan kepentingannya untuk kanak-kanak kepada guru pelatih Pendidikan Awal Kanak-kanak.

4.  Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengetahuan untuk merancang menu permakanan yang sihat kepada kanak-kanak.

5.  Tambahan lagi, program ini juga berhasrat dapat membantu guru pelatih untuk mempelajari cara menjaga kesihatan kanak-kanak dengan betul serta menyekat daripada penyakit berjangkit merebak.

6. Butiran program adalah seperti berikut:
                        Tarikh             : 20 Julai 2018(Jumaat)
                        Tempat           : Mini Teater IPG KAMPUS IPOH
                        Masa              : 8.30am-12.45p.m.
                        Sasaran         : 21 Orang Guru pelatih Pendidikan Awal Kanak-kanak

8.30am.- 9.30am
Sesi 1 (Tajuk: Permakanan)
9.30am-10.00am
Sesi Soal Jawab
10.00am-10.30am
Jamuan/ Rehat
10.30am-11.30am
Sesi 2 (Tajuk: Penyakit Berjangkit)
11.30am-12.00pm
Sesi Soal Jawab
12.00pm-12.15pm
Penyampaian cenderahati
12.15pm-12.45pm
Jamuan
12.45 p.m.
Bersurai


6. Diharapkan agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada tuan/puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi En Kuan Fong Kit (010-4243829). Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


_________________________
()
Setiausaha
Program Keselamatan, Kesihatan dan Pemakanan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak




No comments:

Post a Comment