Friday 19 September 2014

Fokus : (KM 6.0) Saya dan alam sekitar 
Standard Kandungan : (KM 6.0) Memahami perhubungan antara manusia dan alam sekitar
Standard Pembelajaran : (KM 6.2.1) Bercerita dengan bimbingan guru tentang kepentingan air dan matahari kepada kehidupan manusia.
Tajuk: Matahari dan air


LANGKAH
Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar
Set Induksi
(5minit)
  1. Guru membawa murid untuk menengok matahari melalui cermin hitam.


Aktiviti 1
(15minit)
  1. Guru mempamerkan video tentang kehidupan orang di padang pasir.
  2. Guru mempamerkan video tentang hutan tropika.



Laptop
Aktiviti 2
(20minit)
  1. Guru melukis gambar matahari dan air di papan hitam.
  2. Murid diberikan kad yang tertulis fungsi-fungsi matahari dan air.
  3. Murid diminta melekat kad-kad tersebut ke gambar matahari atau air.


Kad, papan hitam
Aktiviti 3
(15minit)
  1. Guru membetulkan kesalahan yang telah dilakukan oleh murid.
  2. Guru menerangkan kegunaan matahari dan air dengan lebih terperinci.

Penutup
(15minit)
  1. Guru membuat rumusan tentang pembelajaran.




(KM 5.0) Saya dan Komuniti


Focus: (KM5.0) Saya dan Komuniti

Standard kandungan: (KM5.1) Mengamalkan semangat bermasyarakat

Standard Pembelajaran: (KM5.1.3) Menyatakan faedah berkawan,

                                      (KM5.1.4) Bergaul mesra dan tolong menolong
Tajuk: Batu


LANGKAH
Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar
Set Induksi
(5minit)
1.    Guru membawa sebuah bakul yang penuh dengan batu sambil berjalan mengelilingi kelas.
2.    Kemudian, guru berpura-pura menjatuhkan batu di atas lantai dan meminta murid tolong mengutip.
Bakul, batu

Aktiviti 1
(15minit)
1. Guru menerangkan semangat tolong-menolong antara manusia.
2.Guru menerangkan kepentingan kawan dengan mempamerkan video.
    
Tolong menolong
Laptop
Aktiviti 2
(20minit)
1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan.
2.  Guru bertanya soalan tentang faedah berkawan dan kumpulan yang dapat menjawab akan dapat satu batu.
    
     
Laptop, batu
Aktiviti 3
(15minit)
1.   Murid diminta menyusun batu yang dapat daripada aktiviti 2 setinggi mungkin dalam tempoh masa 15 minit.
     

Batu
Penutup
(15minit)
1.   Guru memilih batu yang paling tinggi.
2. Murid mempamerkan batu-batu di kelas.
3. Guru mengingati semula faedah berkawan.
4.Guru membuat rumusan pembelajaran.
    

Thursday 18 September 2014

KM 6.0 Saya dan Alam Sekitar

Fokus :(KM 6.0) Saya dan Alam Sekitar  
Standard Kandungan : (KM 6.3)  Menjaga alam sekitar.
 Standard Pembelajaran :  (KM 6.3.7)  Menjalankan aktiviti kitar semula

Tajuk  :  Robot
                                   
LANGKAH
Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar
Set Induksi
(5minit)
1.   Guru menunjukkan video mengenai kitar semula.
2.    Murid diminta membezakan 3 warna tong sampah.
3. Murid diminta mengetahui fungsi tong sampah tersebut.

    

Laptop
Aktiviti 1
(15minit)
1.    Guru mempamerkan bahan-bahan untuk membuat robot.
2. Guru mempamerkan contoh-contoh robot yang dihasilkan daripada bahan kitar semula.
3.    Guru menunjuk ajar cara membuat robot.


Kotak kertas, gam, gunting, model robot
Aktiviti 2
(20minit)
1.    Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan.
2.    Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru.

   
Aktiviti 3
(15minit)
1. Murid diminta menamakan robot yang telah dihasilkan.
2. Murid diminta menyatakan fungsi robot yang dihasilkan.
3.    Robot yang terbaik dipilih dengan cara mengundi.

 
Penutup
(15minit)
1.    Murid mempamerkan model robot.
2.    Guru merumuskan kepentingan kitar semula.

Tunjang kemanusiaan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.


KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: 


  • Komunikasi
  • Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Sains dan Teknologi
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Perkembangan Ketrampilan Diri.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------