Thursday 18 September 2014

Tunjang kemanusiaan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.


KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: 


  • Komunikasi
  • Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Sains dan Teknologi
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Perkembangan Ketrampilan Diri.



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tunjang Kemanusiaan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hal. 997 , Kemanusiaan bermaksud perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.


Tunjang kemanusiaan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, diri dengan keluarga, diri dengan rakan, diri dengan komuniti dan diri dengan alam sekitar.


Selepas mengikut aktiviti yang berkaitan dengan tunjang kemanusiaan, kanak-kanak akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan tersebut seperti dapat mengaul mesra dengan kawan-kawan dan menjaga alam sekitar.

No comments:

Post a Comment